08 February 2019

PHOTO EXCLUSIVE


Beb AKU DOAKAN SELURUH KEBAIKAN BUATMU @BETTYBANAFE - KAU SAHABAT YANG SANGAT BAIK! . Posting ni adalah nota untuk aku sentiasa ingat; kebaikan atau kejayaan yang kita dapat, bukan kerana kita hebat atau berbakat; tapi mungkin asbab doa-doa orang sekeliling & sahabat yang ikhlas; maka Allah angkat doanya ke langit! . Aku akan rasa bersalah jika aku hidup dalam dunia yang laju kongsi cerita nista ni, tanpa aku kongsi kecantikan akhlak seorang yang bernama @BettyBanafe. . Kami bersahabat menginjak 4 tahun. . Kami mula bersahabat asbab bisnes. Aku dengan Elle Zada, Betty dengan Julia Betty. Sepanjang kami bersahabat; kami saling mendukung. What friends do for each other. . Masa aku terduduk 2016, Betty ada menyuntik semangat. Masa 2017-2018 aku dihamput fitnah, aku pilih untuk berdiam diri. Betty encourage aku untuk bersuara & explain duduk perkara sebenar. . Aku fikir, “Ah—masalah banyak nak setle; Aku takde masa nak explain satu persatu menjawab fitnah yang takde ending!” . Satu saat 2018, aku dihempap fitnah yang tak terbayang dek akal! Orang yang aku anggap guru, insan yang aku panggil ayahanda itulah yang menyebar najis fitnah sebab nak tutup bangkai gajahnya. . Aku diam. Andai aku expose bukti; mana dia nak sorok mukanya laki bini? Aku pilih untuk diam. Biar badai berlalu; aku pegang janji Allah. . Saat berbulan-bulan dari April-Ogos 2018 tu adalah moment yang menyakitkan. Saat itu, aku baru sahaja tutup bisnes yang aku bina dengan sepenuh hati dari mula; kami close down butik dengan tepuk sorai manusia-manusia hasad dan bening kesedihan manusia-manusia ikhlas. . Satu detik di bulan Ogos 2018, aku terima kiriman mesej dari Betty. . “Elle...Maafkan aku jika ada salah silap. Aku di Arafah.” . KAU SENTIASA BAIK PADA AKU, BETTY. Kau pun tahu. Terhambur air mataku saat itu; my sahabat is there as VIP guest of Allah Taala & ingat pada aku! Aku kirim doa. . Baru-baru ini January 2019 kami bertemu untuk projek NGO wanita berhati emas ini, sambil menikmati @Gotmek kegemarannya, dia katakan; . “Elle keep going, orang tak tahu cerita sebenar. Kau kena bersuara, beb.” . Kau asbab aku rasa bersedia untuk ke depan, Betty. Kau #SahabatMahal. All of Allah’s blessing for you | via Instagram http://bit.ly/2SzU4RE

No comments: