19 January 2013

Tahnik anak yang baru lahir.

Ada sesiapa tahu apa itu Tahnik,? Saya sendiri baru pertama kali dengar ketika saya menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan Dato Fuad Hassan di Ampang Jaya.
Selesai saja majlis jam 4.30pm keluarga besar Tan Sri Hassan AlAzhari berkumpul  di rumah Dato Jalaluddin Hassan.
Tan sri Hassan atau panggilan nya ABOUYA yang mengetuai majlis Tahnik untuk menyambut cicit nya yang baru seminggu lahir. Seronok ya tengok keluarga besar yang akur dan saling hormat menghormati. Masyaallah.
Im so happy dapat jumpa ABOUYA lagi. Almaklum la waktu kita kahwin mereka tak dapat datang.
Dengan pelat bahasa melayu ABOUYA panggil saya datang join doa Tahnik.  Alhamdulillah. . Apa lagi .. saya cari mastura duduk sebelah dia.  Begini lah yang di terangkan oleh mastura.
Seminggu lepas di lahirkan.  Dibacakan doa oleh orang alim. Agar anak ini  menjadi anak yang soleh dan penuh berkah. Ini sunnah rasullullah saw.
Suapkan tamar dengan madu jumlah yang kecil 3 kali di ikuti dengan doa sebut nama anak bayi bin bapanya penuh. Jawapan orang ramai "barakallah hufik"
Akhir lap dengan air zam zam...
Begitu lah ceritanya. Mari kita tengok gambar.  Bismillah.
Tan Sri Hassan Al Azhari dan Anaknya Mohamad Zain Hassan membuat upacara Tahnik
Betty Banafe dan Mastura Tan Sri Hassan

1 comment:

zakrul hesyam said...

Pn. Mastura Hassan adalah guru tadika saya pada tahun 1983 di flat PULAPOL. Saya pernah mengikuti rombongan beberapa pelajar ke rumah keluarga beliau di keramat (jika tidak silap) ketika itu. Ada piano dirumah itu. Sesekali kami nakal mencuba mengetiknya..

Subhanallah.. Alangkah cepatnya masa berlalu. Semoga beliau dikurnai rahmat, keberkatan, kesihatan, kepanjangan usia serta kebahagiaan bersama keluarga tercinta, saya doakan. Kenangan lalu abadi dalam ingatan, wahai cikgu ku....

Alangkah bertuah jika diberi kesempatan menziarahi beliau. Salam hormat diangin lalu, duhai guruku.. :) :)